BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Saturday 12 November 2011

Sunday 23 October 2011

PENDIDIKAN KHAS SKTPG

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI
Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid pendidikan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan

MISI
Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan :
•Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik
•Perkembangan potensi diri ke tahap optimum.
•Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran.
•Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan
•Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.
KETOGERI MURID - MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

• Sindrom Down
• Autisme ringan
• Attention Deficit Hyperaktif Disorder
• Terencat akal minimum
• Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)


aktiviti  bowling
aktiviti renang

 sukan pend khas

 lawatan ke kelantan


 

Sambutan hari raya.




Wednesday 19 October 2011

APA ITU LEMBAM

LEMBAM / SLOW LEARNER

DEFINISI
Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.
Ciri - ciri:
- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.
Punca:
- Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
- Ubat semasa mengandung.
- Kemalangan.
- Sosio - ekonomi.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
- Temubual
- Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan
- Senang ke susah.
- Konkrit ke abstrak.
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera
- Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
- Jauhkan dendaan yang negatif

Tuesday 11 October 2011

Terapi Renang Murid2 Pkhas Slideshow Slideshow

Terapi Renang Murid2 Pkhas Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Terapi Renang Murid2 Pkhas Slideshow Slideshow ★ to Selangor. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor
DISLEKSIA
DEFINISI

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-
  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
APA ITU DISLEKSIA?
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
.
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
 CIRI-CIRI DISLEKSIA
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanak-kanak
Sekolah Rendah :
6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik
9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran
bersosial
MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf sepertit – h f – v
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:

Batu – tuba
Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem
cat – cat

Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8
9 – 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

Sunday 9 October 2011

KENALI ANAK- ANAK HYPERAKTIF

 

 
Kanak-kanak hiperaktif (kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD)



·         Kurang tumpuan
·         Hiperaktif
·         Menurut kata hati (Impulsiviti)

☻Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanaklelaki.
☻Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Tanda & gejala
☻Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

A. Kurang tumpuan
Kanak-kanak sentiasa :
·         Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
·         Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
·         Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
·         Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
·         Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
·         Tidak berupaya mematuhi arahan
·         Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
·         Mudah hilang perhatian
·         Pelupa

B. Hyperaktif
Kanak-kanak sering :
· Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat     duduknya
·  Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
·  Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
·  Bising waktu bermain
·  Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
·  Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)
Kanak-kanak akan :
·         Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
·         Tidak sabar menunggu giliran
·         Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain

Tambahan :
ü  Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
ü  Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
ü  Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
ü  Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
ü  Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
ü  Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera
.
Komplikasi
Ø ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
Ø Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.
Ø Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan
*      Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan

Intervensi tingkah laku

v  Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah
v  Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
v  Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
v  Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
v  Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
v  Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
v  Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
v  Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
v  Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
v  Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti


                                                  
 





Tuesday 4 October 2011

SINDROM DOWN


SINDROM DOWN
Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.
Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognirif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit atau naïveté. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.
Banyak ciri-ciri fizikal biasa bagi sindrom Down turut terdapat pada mereka yang mempunyai set kromosom piwaian. Ia termasuk satu garis bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur. Masaalah kesihatan berkait dengan pengidap Down termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal reflux, jangkitan telinga (otitis) berulang, apnea tidur obstructive sleep apnea, dan kegagalan thyroid.
Campurtangan zaman kanak-kanak awal, penyaringan bagi masaalah biasa, rawatan perubatan apabila diperlukan, persekitaran keluarga yang membantu, dan latihan vokational mampu meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak dengan sindrom Down. Sungguhpun sesetengah masalah genetik fizikal sindrom Down tidak dapat diatasi, pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti kehidupan.

 Sindrom Down
Apakah Sindrom Down?
·         Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.
·         Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciriciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya..
Nota :
Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan
kepada sesuatu penyakit
Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down,
orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866
Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?
Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi
dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.
Bagaimanakah Sindrom ini disahkan?
Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan
kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa
kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban
(amniotic fluid)
Ciri-ciri fizikal
Ciri-ciri fizikal termasuklah:
Tubuh yang pendek
Kepala bersaiz kecil
Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
Lidah terjelir
Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan
jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
Pertumbuhan yang lambat.
Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
Gambar seorang kanak-kanak Sindrom Down
Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom
Down dan Rawatan
1. Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur
o Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan   
    kanak-kanak.
o Lambat atau sukar dalam pembelajaran
o Lambat dalam pertuturan
Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal.
2. Penyakit jantung kongenital
o Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa . Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.
3. Kecacatan pertumbuhan perut
o Intestinal atresia
o Tiada dubur
Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.
4. Mudah mendapat jangkitan
o Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera
     bila demam atau nampak kurang sihat.

5. Masalah pendengaran dan penglihatan
o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.
6. Gangguan fungsi Tiroid
o Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya
    tiroxin
o Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran
    hormon.
7. Barah (kanser)
o Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa
o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.
Pencegahan
Kaunseling keturunan: Risiko untuk mendapat anak berikutnya yang juga Sindrom
Down bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibu bapanya.
Kadar risiko kejadian berulang adalah 1%
Amalan merancang keluarga
Pemulihan
Program intervensi
Terapi carakerja
Terapi pertuturan
Pendidikan khas
Latihan kemahiran khas
Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari. Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti: hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas). Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna.
Doktor yang merawat perlu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang program intervensi awal.Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan..


                       

KPM

PJJ UPSI

JPS

VISITOR

MARI BERSEMBANG

Portal Pendidikan

.