
Kanak-kanak hiperaktif (kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD)
· Kurang tumpuan
· Hiperaktif
· Menurut kata hati (Impulsiviti)
☻Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanaklelaki.
☻Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.
☻Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.
☻Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.
A. Kurang tumpuan
Kanak-kanak sentiasa :
· Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
· Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
· Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
· Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
· Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
· Tidak berupaya mematuhi arahan
· Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
· Mudah hilang perhatian
· Pelupa
B. Hyperaktif
Kanak-kanak sering :
· Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
· Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
· Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
· Bising waktu bermain
· Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
· Banyak bercakap
C. Menurut kata hati (Impulsiviti)
Kanak-kanak akan :
· Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
· Tidak sabar menunggu giliran
· Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
Tambahan :
ü Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
ü Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
ü Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
ü Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
ü Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
ü Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya
Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera
.
Ø ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
Ø Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.
Ø Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Intervensi tingkah laku
v Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah
v Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
v Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
v Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
v Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
v Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
v Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
v Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
v Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
v Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti
![]() |